UMS,KSTI Bincang Jalinan Kerjasama Dua Hala

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: U-Science Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, Zainudin Aman, di pejabatnya, di sini pada Isnin lalu.

Ketua U-Science UMS, Zawawi Datuk Tiyunin berkata, kunjungan itu bertujuan  membincangkan ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan antara KSTI dan U-Science.

“Sebagai makluman, antara peranan U-Science UMS termasuklah menggalakkan minat pelajar dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). 

“Seiring dengan itu, kunjungan ini sebagai hasrat menjalin kerjasama dengan KSTI sebagai usaha bagi memperkasakan lagi penerapan minat dalam kalangan masyarakat menceburi bidang STEM,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan disini semalam.

Zawawi berkata, pada masa yang sama, lawatan ini juga sebagai sesi ramah mesra dan suai kenal bagi pegawai baharu di U-Science dengan pegawai pengurusan tertinggi di KSTI.

“Saya ucapkan terima kasih kepada SUT dan pegawai-pegawai KSTI yang sudi menyambut dan menerima kunjungan daripada pihak kami.

“Kami telah berkongsi pandangan dan membuat perbincangan awal terhadap bidang kerjasama yang boleh dijayakan antara kedua-dua belah pihak,” jelasnya.

Sementara dalam lawatan itu, Zainuddin mengalu-alukan usaha kerjasama tersebut dan mencadangkan satu perbincangan lanjut diadakan bersama agensi luar.

“Perbincangan ini nanti akan membolehkan penganjuran aktiviti dapat diselaraskan dengan baik.

“Dalam masa yang sama, KSTI juga berhasrat agar mapping pembudayaan STEM boleh dibuat dengan agensi-agensi ini,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Tetap KSTI, Henry Idol; Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Perancangan dan Pembudayaan Sains KSTI, Musleha Khairunisa Muluk dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Inovasi dan Teknologi Digital (ITD) KSTI, Fridah Ramli.

Turut hadir, Pegawai Sains Kanan U-Science UMS, Malcolm Jilimin; dan Unit Korporat U-Science, Junaine Jasni.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *