HomeUtamaPDRM siap siaga kawal sempadan negara

PDRM siap siaga kawal sempadan negara

Read Time:1 Minute, 9 Second

KUALA LUMPUR: Kawalan keselamatan di sempadan negara termasuk di Sabah dan Sarawak dipertingkatkan menjelang pembukaan semula Jumaat ini.

Memetik laporan Portal Berita Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan persediaan dan pemantauan dalam usaha menjamin keselamatan rakyat negara.

Katanya, Pasukan Gerakan Am (PGA) sudah digerakkan untuk meningkatkan pemantauan di lokasi terbabit khusus di utara dan selatan Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak katanya

“Apabila sempadan dibuka, kita akan kembali kepada asal dan seperti agensi lain, PDRM juga membuat persediaan khsusnya di kawasan sempadan. 

“Elemen pemantauan oleh PGA juga akan dipertingkatkan dan kita berharap dengan pembukaan sempadan ini, ia akan memudahkan orang awam,” katanya ketika ditemui media selepas Pelancaran Majlis Pelancaran Buku jenayah Siber di Malaysia: Impak Leluasa Internet, di sini hari ini.

Beliau berkata, PDRM juga akan melakukan beberapa program berkaitan pembukaan sempadan di beberapa negeri dimulai di Kelantan dan Kedah.

“Kita mahu tunjukkan kepada orang ramai bahawa kita sudah bersiap sedia untuk menangani apa juga perkara yang timbul susulan pembukaan sempadan ini,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan sempadan negara dibuka semula Jumaat ini dengan sebahagian besar prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan.

Antara pelepasan yang dibenarkan kerajaan adalah pengembara yang lengkap vaksinasi dibenarkan merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian saringan COVID-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Aktiviti Pendataan Digital pendatang asing masih dilaksanakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya