HomeUtamaPenangguhan Projek CIQ Buka Ruang Jalan-Jalan Tikus Ke Sabah - Hajiji

Penangguhan Projek CIQ Buka Ruang Jalan-Jalan Tikus Ke Sabah – Hajiji

Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meminta kerajaan Persekutuan mempertimbangkan semula keputusan penangguhan pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Serudong-Kalabakan.

Mengulas mengenai penangguhan projek CIQ seperti dimaklumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam persidangan Parlimen baru-baru ini, Hajiji bimbang akan membuka ruang kepada kemasukan melalui jalan-jalan tikus ke Sabah.

“Sekiranya pelaksanaan projek itu ditangguh, kita bimbang rakyat daripada negara jiran akan masuk ke Sabah melalui jalan-jalan tikus,” katanya.

Bagaimanapun, Hajiji akan berbincang dengan kerajaan Persekutuan dan mempertimbangkan semula keputusan penangguhan pelaksanaan projek tersebut.

“Bagi kita ini satu projek yang cukup penting dan tidak boleh ditanggguhkan kerana kita bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia maka pembinaan CIQ Serudong-Kalabakan itu perlu diberi keutamaan.

“Projek ini amat perlu bagi Sabah sebagai laluan yang kita boleh gunakan untuk membolehkan rakyat Indonesia masuk ke Sabah,” katanya semasa ditemui pemberita selepas majlis sambutan setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) Pelan Pembangunan SMJ 1.0 (2021-2025 ), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.

Pada 23 Mac lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika menjawab secara bertulis soalan Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman di Parlimen memaklumkan pembinaan CIQ Kalabakan ditangguhkan berikutan tiada peruntukan diberikan Kementerian Kewangan.

Kerajaan telahpun meluluskan peruntukan RM600 juta bagi pembinaan CIQ Serudong-Kalabakan susulan keputusan Indonesia ingin memindahkan pusat pentadbirannya ke Kalimantan Timur.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya