HomeIsu tempatanUsahawan Tempatan Sabah Mengalu-alukan Pembukaan Semula Sempadan, Fasa Endemik

Usahawan Tempatan Sabah Mengalu-alukan Pembukaan Semula Sempadan, Fasa Endemik

Read Time:2 Minute, 16 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Para usahawan tempatan di negeri ini mengalu-alukan pembukaan sempadan yang berkuat kuasa 1 April baru-baru ini berikutan negara beralih ke fasa endemik.

Pengurus Ohanakita, Lia Anthony, 49, berasal dari Daerah Penampang berkata, setelah sempadan dibuka semula, beliau berharap pasaran produknya akan meluas lagi seperti dua tahun lalu sebelum pandemik COVID-19 yang tiada sebarang sekatan untuk memasarkan produk.

“Saya berharap dapat memasarkan produk-produk saya di luar Sabah, malah produk saya telahpun ditawarkan untuk dipasarkan di semenanjung dan akan memenuhi permintaan itu dalam bulan ini, harapan saya ia juga bukan setakat pasaran tempatan tapi lebih luas lagi hingga ke persada antarabangsa,” katanya.

Lia mula bergiat aktif dalam dunia perniagaan sejak tahun 2019 yang lalu dan telah menghasilkan tiga produk tempatan yang sudahpun berada dalam pasaran di beberapa pasaraya di Sabah seperti produk Chili Podos, Pes Bawang dan Sambal Tausi.

Menurut Lia, terdapat dua lagi produk tempatan terbaharu beliau iaitu Chili Podos Sweet and Sour dan Cencaluk Tuhau, ia baru dilancarkan pada bulan Disember tahun lalu.

Bagi rakan niaga Lia, Marina Kong, 35, berkata, dalam fasa endemik yang baharu saja dikuatkuasakan, beliau melahirkan rasa syukur kerana dapat memulakan perniagaannya dengan menghasilkan produk tempatan ala Korea iaitu Sabah Kimchi.

Katanya, walaupun baru setahun produk Sabah Kimchi dipasarkan, ia sudah mendapat tempat di beberapa pasaraya di sekitar Kota Kinabalu dan berhasrat untuk memasarkannya di luar Sabah.

Manakala seorang lagi usahawan Juliana Abdul Aji, 35 berasal dari Daerah Kepayan meluahkan rasa gembira dan berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dengan nasib usahawan-usahawan kecil seperti mereka.

“Saya sangat gembira apabila kerajaan mengumumkan pembukaan semula sempadan antarabangsa kerana saya telah memulakan perniagaan saya sejak lima tahun yang lalu dengan menjual kuih muih tradisional Sabah di bazar-bazar dan juga pasar hujung minggu di Jalan Gaya Kota Kinabalu.

“Perniagaan saya terjejas teruk sejak pandemik COVID-19 melanda negara, biasanya saya menjual kuih muih tradisional di pasar hujung minggu Jalan Gaya, sasaran kami ialah bukan saja pengunjung tempatan tetapi juga pelancong dari luar negara seperti China, Eropah dan Korea.

“Mereka (pelancong) sangat meminati kuih muih tempatan kita. Kuih muih seperti buras, ayam lengkuas, kelupis, penjaram, kuih cincin, lamban dan banyak lagi.

“Saya berharap dengan pembukaan sempadan antarabangsa ini akan memberi manfaat sepenuhnya dan meningkatkan pendapatan ekonomi kami sebagai usahawan kecil ini,” ujarnya.

Usahawan-usahawan tersebut ditemui pemberita Sabah Media semasa tinjauan program Ekspo Ramadan@KKIA 2022 yang diadakan di Kawasan Ruang Pejalan kaki di antara balai ketibaan 2 dan 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, (KKIA) pada Sabtu. Ekspo tersebut akan berlangsung selama sebulan bermula hari ini. (2 April)

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya