Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag (dua dari kiri) bersama ahli MUTIARA GRS membungkus kuih muih Aidilfitri untuk diagihkan kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di Rumah MUTIARA, Rose Garden, Jalan Penampang pada Sabtu.- Foto ihsan JKM

MUTIARA GRS Bungkus Kuih Muih Untuk Pasukan Keselamatan Petugas Kesihatan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) Datin Seri Juliah Salag, hari ini bersama ahli MUTIARA GRS membungkus kuih muih Aidilfitri untuk diagihkan kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di negeri ini.

Sebanyak 288 bungkusan kuih muih itu, adalah sumbangan daripada MUTIARA GRS.

Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag (tengah) bersama ahli MUTIARA GRS membungkus kuih muih Aidilfitri untuk diagihkan kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di Rumah MUTIARA, Rose Garden, Jalan Penampang pada Sabtu.- Foto ihsan JKM
Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Juliah Salag (tengah) bersama ahli MUTIARA GRS membungkus kuih muih Aidilfitri untuk diagihkan kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di Rumah MUTIARA, Rose Garden, Jalan Penampang pada Sabtu.-Foto ihsan JKM
Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag (dua dari kiri) bersama ahli MUTIARA GRS membungkus kuih muih Aidilfitri untuk diagihkan kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di Rumah MUTIARA, Rose Garden, Jalan Penampang pada Sabtu.-Foto ihsan JKM
Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Juliah Salag (dua dari kiri) bersama ahli MUTIARA GRS membungkus kuih muih Aidilfitri untuk diagihkan kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di Rumah MUTIARA, Rose Garden, Jalan Penampang pada Sabtu.- Foto ihsan JKM

Naib Yang Dipertua III MUTIARA GRS yang juga Pengerusi Biro Kebajikan, Datin Linda Ewit, berkata kuih muih itu akan diagihkan kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan terutama mereka yang akan bertugas pada 1 Syawal ini.

“Sumbangan ini sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan serta petugas kesihatan.

“Kami berharap sumbangan ini akan dapat mengembirakan semua anggota pasukan keselamatan dan barisan hadapan sekali gus dapat merasai suasana raya walaupun bertugas pada musim perayaan,” katanya pada sesi Pembungkusan Sumbangan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Anggota Pasukan Keselamatan dan Petugas Kesihatan di Rumah MUTIARA GRS di sini, pada Sabtu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dijadualkan akan menyerahkan sumbangan kuih muih Aidilfitri daripada pelbagai pihak antaranya jabatan dan agensi kerajaan negeri serta Persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Persatuan wanita dan badan bukan kerajaan (NGO), kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan pada 13 April ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *