HomeIsu tempatanMoga Aidilfitri ini dapat bertemu dengan anak- Rashid

Moga Aidilfitri ini dapat bertemu dengan anak- Rashid

Read Time:1 Minute, 42 Second

PAPAR: “Saya berharap Aidilfitri kali ini akan ada sinar kebahagian untuk bertemu anak-anak yang sudah lama tidak bertemu,” kata Rashid Mukreh,58.

Beliau yang tinggal bersendirian di Kampung Kabang disini pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan empat cahaya mata hasil perkahwinan pertama dan seorang pada perkahwinan kedua namun kedua-kedua perkahwinan tidak berpanjangan.

Katanya yang mengakui rindu kepada anak-anak lebih-lebih lagi apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Rashid kelihatan tenang ketika ditemui media.

“Saya hanya mampu mengimbas semua saat-saat indah bersama anak-anak terutama ketika Aidilfitri lebih sedekad lamanya.

“Ya, rindu. Semoga ada sinar hari raya pada tahun ini,  saya berharap mereka (anak-anak) akan datang,” katanya penuh harapan walaupun telah terputus hubungan sejak sekian lama.

Menurut adik iparnya, Jamil Dullah, 53, sejak bercerai, kehidupan Rashid termasuk makanan dan pakaian diuruskan oleh isterinya yang juga adik perempuan Rashid.

Oleh itu, katanya, sumbangan yang dihulurkan oleh Yayasan Nur Jauhar (YNJ) dapat meringankan beban terutama persiapan abang iparnya itu untuk menyambut Aidilfitri.

Kira-kira 40 asnaf yang menerima sumbangan YNJ turut bergambar album kenangan bersama Toh Puan Norlidah (tengah, belakang).

Sementara itu, Pengerusi Masjid An-Nur Kg Kabang, Husin Ramlan, 56, yang ditemui merakamkan ucapan terima kasih kepada Penasihat dan juga Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni atas penyampaian sumbangan tersebut.

“Ini adalah julung kali kita dikunjungi isteri Tuan Yang Terutama yang menyampaikan sumbangan kepada 40 orang asnaf di Kampung Kabang dan Kampung Kawari.

“Jadi, kita berharap golongan yang telah menerima sumbangan dapat  memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya, di samping terus mengimarahkan solat terawih dalam bulan ramadan inikatanya.

Beliau memaklumkan, setakat ini, jumlah kehadiran jemaah untuk menunaikan solat terawih amat memuaskan  memandangkan lebih 90 peratus penduduk yang menduduki kampung berkenaan adalah muslim. 

Terdahulu, Toh Puan Norlidah menyampaikan sumbangan sama kepada 70 asnaf di Surau Al-Firdaus Kampung Gana. 

Turut hadir, Pegawai Daerah, Hadzlan Jablee, Pegawai Agama Islam Daerah, Masnor Manshor dan Setiausaha Perhubungan Istana Seri Kinabalu, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir. 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya