HomeIsu tempatanPelihara,kuatkan lagi ikatan perpaduan - Jahid

Pelihara,kuatkan lagi ikatan perpaduan – Jahid

Read Time:1 Minute, 29 Second

TAMPARULI: Umat Islam diseru untuk terus memelihara dan menguatkan lagi ikatan perpaduan serta persaudaraan dikalangan masyarakat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, agama Islam mendidik umatnya untuk saling menyayangi kerana melalui persaudaraan ianya akan menguatkan lagi  hubungan ukhuwah sesama umat.

“Sifat saling menyayangi, memelihara ukhuwah dan sentiasa membina tautan hati dengan kasih pasti akan mendapat berkat dan rahmat Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan, di Dewan Serbaguna Kampung Kauluan, disini semalam.

Hadir sama, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar, Pegawai Tadbir JHEAINS Tamparuli, Ustaz Suffian Kundu, Pegawai Penerangan Daerah Tuaran, Malina Jamarin, Ketua Anak Negeri, KAN Rony Sundang, dan Ketua Kampung Kauluan, KK Lisad Unoh.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, Ramadan seharusnya diisi dengan amal ibadah yang akan meningkatkan lagi ganjaran pahala di sisi Tuhan.

“Semoga persaudaraan dan persahabatan yang sedia terjalin di antara kita akan berterusan sampai bila-bila,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Surau As Syakirin Kampung Kauluan, Awang Ali, menghargai usaha pihak penganjur dalam menyalurkan bantuan berbentuk beras dan duit raya kepada komuniti Islam dan golongan asnaf yang dikenal pasti.

Program tersebut merupakan anjuran bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Pejabat Daerah Kecil Tamparuli, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Tamparuli, dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tamparuli.

Antara kawasan yang diziarahi mereka ialah Surau Kampung Tambalugu (25 orang penerima), Surau Darul Fikri Kampung Telibong, (49 orang penerima, Masjid Ubbudiyah Pekan Tamparuli (20 penerima), Masjid Al-Quddus Kampung Kiwoi Tamparuli (30 penerima), Surau Al-Najimah Kampung Botung (16 orang penerima), Surau Kampung Tambulaung (22 orang penerima), dan Dewan Serbaguna Kampung Kauluan (66 orang penerima).

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

80 peserta sertai Program Renjer Muda TTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya