Perlu bangkit,fokus dan konsisten hadapi perlawanan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 42 Second

KUALA LUMPUR : Kehilangan konsentrasi selain leka dengan tiga kemenangan terdahulu menjadi antara punca Sabah FC tewas ditangan pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC 2-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Kumpur Cheras disini semalam.

Ketua Jurulatih Sabah FC Dtauk Ong Kim Swee berkata, pemain perlu bangkit semula dan harus fokus serta konsisten bagi menghadapi perlawan-perlawanan yang lebih penting dan utama selepas ini.

Katanya, para pemain juga tidak boleh mengulangi kesilapan sama jika ingin mencapai keputusan baik dalam liga seterusnya membawa pulang tiga mata dalam setiap perlawanan.

“Seperti yang saya katakan sebelum perlawanan. ianya masih terlalu awal untuk berpuashati dengan pencapaian pasukan dan kita amat baik berada di tangga kedua sebelum sepak mula menentang KL (City FC).

“Tanpa konsistensi inilah yang berlaku, inilah yang para pemain saya perlu gandakan lagi terutama sekali apabila mereka terbawa-bawa dengan tiga kemenangan sebelum ini.

“Mereka harus bangkit semula dan berdepan dengan realiti di mana sekiranya ingin mencapai keputusan yang baik dalam liga, semua pemain harus fokus dan konsisten di mana kita tidak boleh lagi melakukan kesilapan seperti ini,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan disini semalam.

Kim Swee berkata, pasukan KL City FC telah menunjukkan permainan yang lebih baik selain berdisiplin.

“Itu yang penting dan kita tewas dengan seperti saya katakan kesilapan dari segi konsentrasi daripada sepakan percuma dan kelalaian di mana menyebabkan kita dibolosi.

“Namun di separuh masa kedua kita telah mendapat banyak peluang yang tidak dapat dipermudahkan terutama dengan penjaga gol pasukan KL City yang bermain begitu baik dan saya percaya beliau merupakan faktor utama di mana kita tidak dapat menjaringkan gol selain daripada kesilapan yang kita lakukan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai ketiadaan pemain import Neto Pessoa, Kim Swee berkata, terdapat kelemahan yang didapati apabila pemain itu tidak diturunkan.

“Bagi saya hari ini bukan pasukan KL dapat menunjukkan permainan yang lebih baik tetapi dalam bola sepak apabila kita lebih berdisiplin dan kita mempunyai percaturan taktikal yang baik, ini akan berlaku dan kita harus bangkit di mana selepas ini kita mempunyai perlawanan -perlawanan yang lebih penting,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *