93 beg darah dikumpul tampung keperluan darah di Hospital Beaufort

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 9 Second

BEAUFORT:  Sebanyak 93 beg darah berjaya dikumpulkan bagi menampung keperluan bekalan darah di Hospital Beaufort khususnya pada minggu terakhir Ramadan dan minggu  pertama Aidilfitri.

Program yang dilaksanakan oleh empat buah badan bukan kerajaan (NGO) itu telah diadakan di Laman Saujana Unit Pesakit Luar Hospital Beaufort disini kelmarin.

Inisiatif itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku permintaan darah yan tinggi untuk rawatan berikutan stok bekalan darah akan kritikal pada musim perayaan.

Antara NGO terlibat menjayakan program itu adalah Pertubuhan Food Aid Sabah; Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Wei Khor Beaufort; Persatuan Pembela Bangsa Beaufort; dan UMNO Bahagian Beaufort.

Selain orang ramai yang hadir menderma darah, beberapa rakan strategik Hospital Beaufort turut hadir membantu antaranya RELA Daerah Beaufort, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Beaufort, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Beaufort dan beberapa agensi lain termasuk guru sekitar daerah ini.

Salah seorang anggota RELA yang ditemui Ali Mokhtar Dapil berkata, program yang diadakan pada sebelah malam memudahkan petugas untuk menderma darah disebabkan penderma dapat berbuka puasa seterusnya menderma darah.

Katanya, ini merupakan kali ketiga beliau hadir menderma pada program yang dianjurkan di hospital pada sebelah malam.

Tabung Darah Hospital Beaufort dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 4 petang di bulan Ramadan.

Mereka yang ingin menganjurkan Kempen Derma Darah, boleh menghubungi Pegawai Seranta Tabung Darah Hospital Beaufort ditalian 016-3487778 atau 087 212 333 sambungan 497.- Hospital Beaufort.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *