COVID-19 : Tidak ada perubahan signifikan dalam tempoh 24 jam

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU : Hanya pergerakan turun naik kes harian pada skala yang kecil di banyak daerah di Sabah dan kes jangkitan kekal seperti semalam apabila 26 kes dilaporkan pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tidak ada perubahan signifikan yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Walau bagaimanapun jumlah daerah yang tidak merekodkan sebarang kes baharu telah berkurangan daripada 19 daerah semalam kepada 14 daerah sahaja hari ini.

“Tidak ada daerah yang mencatatkan kes harian dua angka. Kota Kinabalu yang mencatatkan 11 kes semalam turun kepada enam kes (-5) hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Masidi berkata, sebanyak 10 daerah mencatat peningkatan jangkitan baharu dan tujuh daerah merekodkan penurunan.

Katanya, seramai 24 orang daripada 26 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, seorang pesakit dalam Kategori 3 dan seorang pesakit dalam Kategori 4.

“Tidak ada pesakit dalam Kategori 5 dilaporkan hari ini,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *