HomePolitikPBS beri tumpuan kerjasama dengan GRS

PBS beri tumpuan kerjasama dengan GRS

Read Time:44 Second

KOTA KINABALU : Parti Bersatu Sabah (PBS) akan memberi tumpuan kepada kerjasama politik sedia ada bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Bagaimanapun, Presiden PBS, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, pihaknya juga akan menentukan kerjasama politik apabila tiba masanya khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Kita perlu meneliti keadaan dan sebagai ahli dalam gabungan (GRS) kita harus sentiasa berusaha mencari kerjasama bersama.

“Walaubagaimanapun jika sebarang keputusan tidak berjaya dicapai secara konsensus sudah tentu parti perlu membuat keputusan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri sesi dialog ramah mesra yang diadakan bersama golongan professional di sini semalam.

Hadir sama Setiausaha Agung PBS Datuk Joniston Bangkuai.

Maximus berkata, pihaknya juga kini turut memberi tumpuan kepada keadaan di lapangan bagi mengenal pasti kawasan yang berpotensi tinggi

Katanya, semua parti komponen dalam GRS perlu terus menyokong satu sama lain bagi memastikan semua perancangan berjalan lancar.

RELATED ARTICLES
Politik

PKR Sabah mahu rundingan agihan kerusi dilaksanakan secara pakej

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular