HomeUtamaCOVID-19 : 65.5 peratus jangkitan dikesan melalui sporadik

COVID-19 : 65.5 peratus jangkitan dikesan melalui sporadik

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 65.5 peratus daripada 29 kes harian yang dilaporkan di seluruh Sabah pada hari ini adalah melalui jangkitan sporadik.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu bertambah sebanyak tujuh kes berbanding jumlah semalam.

“Walaupun jumlah keseluruhan jangkitan baharu di Sabah masih rendah tetapi sebagai satu peringatan sebanyak 65.5 peratus daripada kes hari ini adalah melalui jangkitan sporadik.

“Dalam keseronokan kita menyambut perayaan Aidilfitri dan Kaamatan, adalah diharapkan agar semua lapisan masyarakat terus mematuhi saranan dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Masidi berkata, secara keseluruhan tidak ada perubahan yang signifikan berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Katanya, tidak ada jangkitan baharu direkodkan di 15 daerah, satu kes baharu di lima daerah dan dua kes baharu di empat daerah.

“Kota Kinabalu mencatatkan jumlah jangkitan baharu yang tertinggi dengan sembilan kes (+1), Kota Belud empat (+3) dan Putatan tiga (+3).

“Sebanyak 27 daripada 29 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 serta dua kes dalam Kategori 4. Tidak ada kes baharu dilaporkan dalam Kategori 3 dan Kategori 5,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular