HomeIsu tempatan17 Orang Mangsa Banjir Kg Bakalau Dipindahkan Ke PPS

17 Orang Mangsa Banjir Kg Bakalau Dipindahkan Ke PPS

Read Time:39 Second

BEAUFORT: Seramai 17 orang mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Selagon dekat sini pada Selasa.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kesemua mangsa dipindahkan ke PPS dengan mengunakan lori sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai bencana banjir di kediaman mereka di Kampung Bakalau pada jam 8.41 malam tadi (10 Mei).

Mangsa banjir yang terdiri daripada tujuh orang perempuan dewasa, seorang warga emas perempuan, enam orang kanak-kanak lelaki dan tiga orang kanak-kanak perempuan.

Kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat dan operasi pemindahan ditamatkan pada jam 9.40 malam.

Pasukan Bomba turut menjalankan pemantauan keadaan banjir di semua kawasan terlibat dari masa ke semasa.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya