HomeIsu tempatanMRA Bantu Mangsa Banjir Di Beaufort

MRA Bantu Mangsa Banjir Di Beaufort

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Sejak bertahun lamanya daerah Beaufort terkenal dengan daerah banjir kerana daerah itu sering dilanda banjir lebih kurang dua atau tiga kali setahun. Ini menjadi tradisi bagi penduduk daerah Beaufort.

“Walaupun banjir di daerah Beaufort adalah menjadi satu kebiasaan penduduk Beaufort dan sekitarnya namun setiap kali banjir ia akan mengakibatkan kerugian yang besar kepada penduduk yang terlibat,” kata Setiausaha Kerja Malaysian Relief Agency (Sabah) Alex Dennis.

Alex melawat mangsa banjir di Beaufort.

Kebiasaan banjir yang berlaku khususnya di daerah Beaufort disebabkan limpahan air Sungai Padas berikutan hujan di bahagian Hulu Sungai Padas iaitu di Daerah Keningau dan Tenom.

Dalam usaha mengatasi isu banjir di Pedalaman Bawah Sabah, Alex turut mengalu-alukan semua pihak seperti agensi kerajaan, korporat dan masyarakat perlu bekerjasama bagi mengurangkan kesan banjir kepada masyarakat setempat.

“Contohnya, mengkaji semula keadaan Geografi di kawasan yang sering berlaku banjir dan perlu membuat satu pelan tindakan jangka masa panjang seperti penyediaan penempatan tetap yang kurang berisiko dengan bencana banjir yang selama ini memberi kesan besar kepada sektor ekonomi dan sosial masyarakat setempat.

“Dalam pada itu, MRA turut menggerakkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa yang terjejas banjir di kawasan tersebut, seperti menyampaikan bantuan kecemasan kepada mangsa yang terjejas banjir sejak tahun 2014 lalu dan MRA juga telah membuka satu Sekretariat MRA Sabah di Daerah Beaufort. Antara bantuan yang biasa digerakkan seperti bantuan bakul makanan, kit kebersihan, bekalan air bersih, perubatan dan pembersihan pasca banjir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Alex, MRA juga menjalinkan kerjasama dengan Jawatankuasa Bencana Daerah dalam pengurusan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka setiap kali berlakunya bencana Banjir.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan Pesta Kaamatan daerah Tuaran bermula 4 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya