HomeUtamaTindakan tegas akan diambil ke atas pihak sorok,simpan bekalan ayam

Tindakan tegas akan diambil ke atas pihak sorok,simpan bekalan ayam

Read Time:2 Minute, 0 Second

PUTRAJAYA : Kerajaan tidak akan berkompromi selain tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyorok, menyimpan atau sabotaj terhadap bekalan ayam di pasaran yang dapat menjejaskan kehidupan rakyat.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pihaknya sentiasa memandang serius sebarang perkara yang mengancam sekuriti makanan negara.

Katanya, tindakan sewajarnya juga akan diambil bagi memastikan bekalan makanan negara terus kekal terjamin demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Saya telah mengadakan sesi libat urus dengan pemain utama industri ayam yang dihadiri oleh 12 pemain industri dan persatuan penternak.

“Sudah pasti pihak kementerian mengambil maklum semua isu-isu yang telah dibangkitkan termasuk peningkatan kos pengeluaran ayam, masalah kenaikan berat badan ayam, jangkitan penyakit, keadaan cuaca, proses Kebenaran Merancang (KM) dan sebagainya yang antara lain telah menjejaskan operasi danseterusnya memberikan kesan kepada bekalan ayam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Antara pemain industri dan persatuan penternak yang terlibat dalam sesi libat urus itu adalah seperti Leong Hup Poultry Farm Sdn. Bhd., HLRB Broiler Farm Sdn. Bhd., PWF Corporation Bhd, Federation of Livestock Farmers’ Association of Malaysia (FLFAM) dan Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS).

Dr Ronald berkata, Isu-isu berkaitan dengan pemberian subsidi ayam melalui Jabatan Perkhidmatan Veteriner (DVS) kepada penternak juga telah dibincangkan.

Katanya, DVS akan terus mempermudah dan mempercepatkan proses tuntutan subsidi penternak ayam bagi merancakkan aktiviti pengeluar makanan ke arah meningkatkan pengeluaran domestik.

“Sebelum ini, pihak kementerian telah mempermudahkan prosedur permohonan bagi mempercepatkan pembayaran subsidi kepada penternak ayam.

“Tindakan juga sedang diambil dengan mobilasi lebih banyak pegawai ke peringkat negeri bagi segerakan semakan permohonan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Ronald berkata, kerajaan telah menetapkan harga siling ayam standard pada harga RM8.90 sekilo dengan pemberian subsidi sebanyak RM729.43 juta di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) yang dilaksanakan sejak 5 Februari lalu.

“Walau bagaimanapun, hanya RM50 juta subsidi telah dibayar setakat ini. Semua penternak yang memenuhi syarat diminta untuk kemukakan permohonan supaya tuntutan dapat disalurkan dalam tempoh yang telah dijanjikan.

Katanya, subsidi ini telah diberikan oleh Kerajaan untuk meringankan beban kos pengeluar ayam yang kian meningkat.

“Melalui sesi libat urus hari ini, pihak industri juga telah menyatakan komitmen dan jaminan bahawa ladang-ladang mereka akan terus membekalkan ayam untuk keperluan pasaran tempatan, ” katanya.

Dr Ronald berkata, pihaknya akan terus mengadakan perjumpaan dan libat urus dengan pihak industri yang memainkan peranan penting dan terlibat langsung dalam rantaian pengeluaran bekalan ayam bagi memastikan kelangsungan pengeluaran kekal terjamin.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya