HomeIsu tempatanSESB terus laksana CSR, bantu capai generasi berpendidikan

SESB terus laksana CSR, bantu capai generasi berpendidikan

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA BELUD : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam bidang pendidikan akan terus memberi sokongan pembelajaran kepada pelajar-pelajar melalui program naik taraf kemudahan di sekolah rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata, program naik taraf sekolah rendah itu adalah bagi mencapai generasi yang berpendidikan khususnya di luar bandar.

Katanya, sebanyak RM166,250 telah disumbangkan SESB kepada 950 penerima iaitu pelajar sekolah rendah daripada golongan asnaf berbentuk kelengkapan persediaan ke sekolah pada tahun lalu.

“Setakat ini, sebanyak tujuh buah sekolah telah terpilih untuk menerima bantuan daripada SESB iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Mantanani, Kota Belud, SK Kuamut, Kinabatangan, SK Sagiban, Ranau, SK Meninipir, Keningau, SK Nambayan, Tambunan, SK Kg Bahagia, Pensiangan; dan SK Lokub, Tuaran.

“InshaAllah, bantuan seumpama ini akan diteruskan pada tahun ini dan tahun mendatang ke daerah-daerah lain di negeri ini.

“SESB juga berharap agar bantuan yang diberikan ini, dapat menyuntik semangat kalian, supaya berusaha dengan lebih gigih lagi, untuk berjaya dalam pelajaran masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Kesedaran Tenaga dan Keselamatan Elektrik serta Penyerahan Sumbangan Jersi Hoki kepada SK Pulau Mantanani di sini baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat SESB Mokthar Hussin.

Mohd Yaakob berkata, selain sumbangan kepada pelajar kurang berkemampuan, SESB turut melaksanakan Program Sekolah Angkat di mana beberapa buah sekolah di luar bandar akan dipilih dan diberikan bantuan berdasarkan kepada keperluan sekolah tersebut.

Katanya, sumbangan secara one off diberikan kepada setiap sekolah rendah luar bandar yang daif dan perlu diberikan bantuan serta kemudahan yang setara dengan sekolah di bandar.

“Pada program ini juga, SESB akan berkongsi mengenai kecekapan tenaga yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kepentingan amalan dan budaya cekap tenaga serta penggunaan tenaga elektrik yang selamat.

“Harapan SESB agar adik-adik dapat berkongsi pengetahuan ini dengan keluarga msing-masing dan mengamalkan apa yang telah dipelajari,” katanya.

Pada majlis itu, SESB turut menyumbangkan beg sekolah kepada 141 orang murid dan wang saku RM20 setiap murid.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular