Budaya saling menyokong dan bersatu wajar diteruskan dikalangan masyarakat – Jahid

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA BELUD: Seluruh masyarakat di negeri ini diseru supaya meneruskan semangat kekitaan dan bersatu dalam apa juga program yang diadakan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, budaya saling menyokong dan bersatu dikalangan masyarakat dalam apa juga aktiviti wajar diteruskan sampai bila-bila.

“Hanya dengan kesatuan sahaja maka segala apa yang dirancang akan menjadi kenyataan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Kaamatan di Dewan Kampung Lasau Lama, dekat sini hari ini.

“Biarlah terserlah pengertian Kaamatan ini secara mendalam, walaupun secara umumnya telah pun melabuhkan tirai pada 31 Mei lalu.

“Matlamat dan tujuan kita jelas, malah kehadiran penduduk ke perayaan Kaamatan juga sudah ramai orang boleh datang, maka tidak hairanlah selama dua tahun kita bergelumang dengan Pandemik COVID-19, rakyat amat merindui Kaamatan,” kata Jahid yang juga Wakil Rakyat Tamparuli.

Justeru, beliau mengajak semua yang hadir agar memperbaharui semula semangat Kaamatan demi memartabatkan budaya dan bahasa ibunda di mata dunia.

Beliau turut menyeru kepada golongan muda supaya tidak melupakan budaya warisan nenek moyang mereka agar tidak hilang ditelan zaman.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK), merangkap Pengerusi Penganjur, Nuri Simpul, meluahkan penghargaan kepada para penyumbang hadiah dalam menjayakan program tersebut.

Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian, Demis Rumanti, dan mantan Wakil Rakyat Kadamaian, Jeremy Malajad.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *