HomeIsu tempatanSungai Taliwas bakal menjadi destinasi ekopelancongan terkenal di Sabah

Sungai Taliwas bakal menjadi destinasi ekopelancongan terkenal di Sabah

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU : Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) dengan kerjasama pelbagai agensi dan jabatan kerajaan telah mengadakan satu eksplorasi saintifik di Kawasan Konservasi Sungai Taliwas (TRCA).

Eksplorasi yang turut disertai badan bukan kerajaan (NGO) serta Institusi pendidikan tempatan itu telah diadakan selama 11 hari bermula 7 Jun lalu.

Menerusi program itu, para penyelidik telah menemukan hasil dalam eksplorasi tersebut.

Hasil pengumpulan data daripada eksplorasi ini telah dibentangkan semasa lawatan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin Madingkir pada 11 Jun 2022 di tapak eksplorasi TRCA tersebut.

Antara jemputan yang turut hadir ialah Pengarah Yayasan Sabah Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar, Timbalan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sam Mannan, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Tuan Rohan Shah Ahmad dan Ketua-ketua Bahagian Kumpulan Yayasan Sabah.

Abidin turut mengabadikan lawatan beliau dengan acara menanam pokok dan melawat pameran hasil penemuan para penyelidik yang mempamerkan penyelidikan mereka sepanjang minggu pertama eksplorasi.

Kelab Pencinta Alam Sabah juga mengadakan program pendidikan alam sekitar yang melibatkan 20 orang para pelajar dan dua orang guru daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Silam, Lahad Datu.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pengenalan kepada TRCA, pemerhatian burung dan ekologi sungai.

Abidin juga sempat bertemu dengan para pelajar yang menjalankan aktiviti pendidikan alam sekitar tersebut di samping mengalami sendiri keadaan semasa eksplorasi saintifik ini.

Hasil pengumpulan data yang lengkap daripada eksplorasi ini juga akan dibentangkan pada satu seminar yang akan diumumkan kelak.

Selain itu, hasil tersebut juga akan diterbitkan sebagai artikel, prosiding, buku rujukan seperti coffee table book dan penghasilan dokumentari eksplorasi.

Seterusnya, hasil data eksplorasi juga akan menjadi bahan rujukan kepada formulasi Pelan Pengurusan Strategik Kawasan Konservasi Sungai Taliwas.

Maklumat yang diperoleh daripada eksplorasi ini akan dapat digunakan secara efektif untuk menjadikan TRCA sebagai salah satu kawasan ekopelancongan dan rekreasi yang dikenali di Malaysia.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya