Jemaah haji dinasihatkan supaya sentiasa jaga kesihatan dan patuhi SOP semasa berada di Tanah Suci Mekah – Tun Juhar

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seramai 333 jemaah haji dari negeri ini berlepas ke Tanah Suci Mekah menerusi dua penerbangan bermula malam ini dan esok (14 Jun) setelah dua tahun pelaksanaan untuk menunaikan ibadah haji itu tertangguh akibat pandemik Covid-19.

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni turut hadir meraihkan Majlis Keberangkatan Jemaah Haji Negeri Sabah di Hotel Raia dekat sini petang tadi.

Dalam perutusannya Tun Juhar berkata, semua jemaah haji dinasihatkan supaya mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang berkuatkuasa, panduan kesihatan dan amalan pemakanan yang disarankan oleh Tabung Haji, hanya dengan kesihatan yang baik sahaja akan memudahkan melaksanakan ibadah haji dengan sempurna nanti.

“Tahniah kepada semua bakal jemaah haji negeri Sabah yang telah dipilih oleh Allah SWT, menjadi tetamu-Nya pada tahun ini. Alhamdulillah…Sudah dua tahun menunggu akhirnya saat yang dinanti-nanti sudah menjelang tiba, setiap muslimin dan muslimat pasti mengharapkan haji yang mabrur sebagimana sabda Rasullalah SAW, yang bermaksud “haji mabrur itu tiada balasan baginya kecuali syurga”.

“Saya berdoa semua jemaah haji dapat menyempurnakan semua rukun dan wajib haji dengan baik seperti yang telah dipelajari semasa kursus-kursus haji yang dianjurkan oleh Tabung Haji sebelum ini.

“Perhimpunan sebesar ini mengajar umat Islam supaya bersabar, bertoleransi dan berkasih sayang tanpa mengira warna kulit, bahasa, adat resam dan budaya,” katanya.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag, menteri-menteri dan dan pembantu-pembantu menteri kabinet Sabah serta Wakil Pengurusan Tabung Haji Malaysia, Rina Sharif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *