Ketua Menteri Sabah terima kunjungan perpisahan Duta Besar Ukraine ke Malaysia

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:34 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Duta Besar Ukraine ke Malaysia, TYT Olexander Nechytaylo di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, kelmarin.

Olexander yang telah berkhidmat selama 6 tahun di Malaysia akan kembali ke negara asalnya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan cenderamata kepada Duta Besar Ukraine ke Malaysia, TYT Olexander Nechytaylo semasa kunjungan itu. – Foto ihsan JKM

Selain sebagai Duta Besar Ukraine ke Malaysia, beliau juga menyandang jawatan Duta Besar bukan pemastautin ke negara Philipina dan Democratic Republic of Timor-Leste.

Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Sabah Berhad dan Datuk Madiyem Laya-pan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *