HomeIsu tempatanKPDNHEP Sabah berjaya sita barang tiruan bernilai RM24,760.40

KPDNHEP Sabah berjaya sita barang tiruan bernilai RM24,760.40

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah berjaya menyita barangan bernilai RM24,760.40 selepas menyerbu empat premis menjual barang berjenama tiruan di beberapa lokasi berbeza sekitar Kota Kinabalu di sini Isnin lalu.

Pengarah Pejabat KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata, dalam serbuan yang dijalankan sepasukan pegawai penguat kuasa telah menyita 1,355 barangan aksesori wanita dan wangian tiruan yang terdiri daripada jenama ‘Louis Vuitton (LV)’, ‘Chanel’ dan ‘Victoria Secret’.Katanya, semua barangan yang disita akan diambil tindakan di bawah Akta Cap Dagang 2019.

“Serbuan itu juga turut disertai empat wakil kepada pemilik cap dagang berdaftar untuk jenama LV, Chanel dan Victoria Secret.

“Semua empat pemilik premis perniagaan terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan kes ini akan disiasat mengikut seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan bagi maksud perdagangan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Georgie berkata, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan.

Katanya, kes ini merupakan kejayaan kedua yang dihasilkan oleh KPDNHEP Sabah pada tahun ini selepas berjaya menyita 437 barangan aksesori wanita yang terdiri daripada beg tangan, beg sandang, tali pinggang, dompet, selipar, kasut, topi dan gelang jenama LV dan Chanel yang disyaki tiruan dengan nilai rampasan sebanyak RM10,573.30 dalam serbuan di lokasi di daerah Kota Kinabalu dan Penampang di mana tindakan kes telah diambil di bawah Akta Cap Dagang 2019 pada 8 hingga 9 Mac 2022 yang lalu.

“Pihak kementerian akan terus menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Cap Dagangan 2019 bagi membanteras penjualan barangan tiruan dan aktiviti cetak rompak di pasaran.

“Para peniaga adalah diingatkan agar lebih bertanggungjawab serta menghormati harta intelek orang lain di samping sentiasa berusaha membuat semakan status kesahihan dan ketulenan barangan yang dibekalkan,” katanya.

Menurutnya, pengguna juga dinasihati supaya tidak menyokong jualan barangan tiruan di pasaran yang belum tentu terjamin dari segi kualiti dan keselamatannya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perluas kerjasama peringkat antarabangsa dalam pengurusan bencana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya