HomeIsu tempatanMartabat tulisan jawi, lahir pakar khat di Sabah

Martabat tulisan jawi, lahir pakar khat di Sabah

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU : Bengkel kaligrafi khat mampu memartabatkan penulisan jawi serta melahirkan pakar khat Negeri Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin berkata,  usaha murni tersebut dapat dijayakan menerusi pelbagai bengkel dan pendedahan yang tentunya akan dapat memartabatkan tulisan jawi.

“Penganjuran pelbagai program dan promosi yang berkaitan juga perlu diadakan supaya dapat menarik minat lebih ramai penggiat seni untuk menceburi bidang khat ini dan dapat menghasilkan karya sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Manfaatnya amat besar bukan sahaja dalam penulisan kaligrafi khat itu sendiri tetapi juga dalam dunia penulisan jawi secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bengkel Kaligrafi Khat di Muzium Tamadun Islam, di sini semalam.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Sr. Mohd Yusrie Abdullah dan Pengarah Muzium Negeri Sabah, Arif Abd Hamid.

Jafry berkata, pihaknya berharap usaha seumpama itu akan dapat memartabatkan lagi seni kaligrafi khat jawi sehingga ia berjaya dikembangkan di negeri ini dan sekaligus berupaya menghasilkan lebih karya kepada para penggiatnya.

Bengkel sehari itu melibatkan seramai 55 pelajar sekolah iaitu dari Sekolah Kebangsaan(SK) Tanjung Aru I, SK Tanjung Aru II, Sk Inanam II, SK Pengalat Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac, Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajjah Rahmah, SMAN Islamiyah Papar dan SMAN Beaufort.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular