HomeUtamaSESB serbu 16 premis curi elektrik untuk melombong bitcoin

SESB serbu 16 premis curi elektrik untuk melombong bitcoin

Read Time:50 Second

BERNAMA

LABUAN :  Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyerbu 16 premis ‘melombong’ bitcoin di Sandakan yang dipercayai terbabit dalam kegiatan mencuri elektrik, awal minggu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir. Mohd Yaakob Jaafar berkata, sindiket itu menggunakan premis di lot-lot kedai dan ketika serbuan dijalankan, 15 daripada 16 premis itu didapati kosong dipercayai ahli sindiket berjaya melarikan diri dengan peralatan lain.

“Hanya satu premis kita berjaya menahan penjaga premis dan merampas beberapa komputer,” katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah Integriti SESB 2022 dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Mohd Yaakob berkata dalam operasi yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, pihaknya mendapati premis berkenaan digunakan untuk menjana bitcoin yang dilengkapi meter kuasa, bagaimanapun tiada rekod dalam sistem SESB.

Beliau berkata SESB percaya kegiatan itu dilakukan sejak tahun lepas.

“Kami bukan hanya berhadapan dengan cabaran kecurian elektrik di rumah setinggan haram, tetapi juga kegiatan melombong bitcoin haram,” katanya dan menambah SESB belum mengenal pasti jumlah kerugian yang dialami akibat perbuatan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya