HomeIsu tempatanPameran U-Science UMS dapat perhatian pelbagai pihak

Pameran U-Science UMS dapat perhatian pelbagai pihak

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Pameran U-Science Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.

Terbaru, pameran yang terletak di Bangunan Perpustakaan UMS itu menjadi destinasi lawatan dan pengisian aktiviti sebuah program tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Menurut kenyataan U-Science UMS,  kira-kira 100 peserta program yang merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari seluruh Sabah hadir berkunjung ke pameran berkenaan.

“Lawatan seumpama ini amat bertepatan terutama dalam memberi pendedahan sekali gus memupuk minat para peserta dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Sehubungan dengan itu, pihak U-Science sentiasa mengalu-alukan kehadiran dan program-program lawatan seumpama ini ke pameran yang diadakan,” demikian menurut kenyataan itu hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, U-Science UMS turut mengadakan Program TEM4U@UMS: THE NEXT STEP sempena Majlis Konvokesyen UMS Kali Ke -23  pada 25 – 27 Jun 2022.

Berlangsung di lokasi yang sama, program selama tiga hari itu diadakan bermula pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang.

Pelbagai pameran dan aktiviti menarik diadakan termasuklah Mini Dome Planetarium, Techlympic, Persembahan Dron, Planet Visual Reality (VR), Discover AstroRover Workshop and Competition, Arduino Workshop, Persembahan Robotik dan cabutan tiket bertuah.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi pihak U-Science melalui e-mel [email protected] atau melayari laman facebook rasmi di https://www.facebook.com/pusatsainsUMS.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya