Seorang lelaki ditahan, cuba rasuah polis

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang pemegang pas IMM13 kerana dipercayai telah cuba merasuah seorang pegawai polis berjumlah kira-kira RM650 bagi melepaskan diri daripada ditahan kerana melakukan kesalahan memandu tanpa lesen.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai buruh ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Negeri Sabah kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan tangkapan itu adalah hasil kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta SPRM Negeri Sabah dalam usaha membanteras gejala rasuah.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak memberikan sebarang sogokan kepada mana- mana anggota agensi penguat kuasa atau penjawat awam kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *