HomeUtamaBKM Tambahan untuk golongan B40

BKM Tambahan untuk golongan B40

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan hari ini mengumumkan inisiatif bantuan tunai langsung menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Tambahan kepada golongan B40 yang akan dibayar serentak dengan BKM Fasa Dua mulai 27 Jun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran bantuan tunai tambahan itu  melibatkan peruntukan sebanyak RM630 juta yang akan memberi manfaat kepada hampir 8.6 juta penerima.

Katanya, ia merangkumi empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

“Ini menjadikan jumlah pembayaran BKM mulai 27 Jun ini meningkat kepada RM1.74 bilion selepas ditambah peruntukan sedia ada untuk bayaran BKM Fasa Dua berjumlah RM1.11 bilion.

“Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan golongan B40 terutamanya dalam menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi,” katantya pada sidang media di Putrajaya di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, Kerajaan sentiasa cakna dengan keperluan semasa terutamanya melibatkan kenaikan harga barangan keperluan dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar.

Katanya, inisiatif itu turut mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan yang berlaku kebelakangan ini.

Menerusi inisiatif itu, penerima BKM akan menerima bayaran tambahan RM100 bagi isi rumah dan RM50 bagi golongan bujang menjadikan jumlah maksimum RM500 bakal diterima golongan B40 selepas ditambah pembayaran untuk BKM Fasa Dua.

Inisiatif BKM termasuk BKM Tambahan itu membolehkan isi rumah B40 bakal menerima sehingga RM2,500 pada 2022 menjadikannya bantuan tertinggi setakat ini yang pernah diberikan oleh mana-mana kerajaan.

Semakan status pembayaran BKM boleh dibuat bermula 27 Jun 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya