HomeUtamaDPAKM dilaksana jamin kesinambungan aktviti pengeluaran makanan

DPAKM dilaksana jamin kesinambungan aktviti pengeluaran makanan

Read Time:1 Minute, 26 Second

PUTRAJAYA : Kerajaan bersetuju dengan pelaksanaan Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Malaysia (DPAKM) di bawah Agrobank melibatkan peruntukan sebanyak RM800 juta bagi menjamin kesinambungan aktiviti pengeluaran makanan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkara, program itu akan menawarkan kemudahan pembiayaan yang khusus mengikut agihan pembiayaan yang ditetapkan.

Katanya, agihan kemudahan pembiayaan itu akan diagihkan sebanyak RM300 juta bagi ternakan ayam dan sebanyak RM200 juta bagi ternakan ruminan (lembu dan kambing).

“Selain itu, sebanyak RM100 juta diagihkan bagi tanaman sayur-sayuran; RM100 juta bagi usahawan mikro; RM50 juta bagi usahawan muda dan RM50 juta bagi usahawan mikro baharu.

“Had maksimum pembiayaan bagi ternakan ayam, ternakan ruminan dan tanaman sayur sayuran ditetapkan sehingga RM5 juta.

“Manakala, had maksimum pembiayaan bagi usahawan mikro, usahawan mikro baharu dan usahawan muda adalah sehingga RM500,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Ronald berkata, tempoh pembiayaan untuk DPAKM ini adalah sehingga 8 tahun 5 bulan termasuk 6 bulan moratorium yang akan ditawarkan kepada semua golongan sasar.

Katanya, Kementeriannya juga giat dalam mempermudah pembayaran tuntutan subsidi ayam kepada penternak sebanyak RM729.43 juta sejak 5 Februari lalu.

“Sehingga 21 Jun 2022, sebanyak 4,041 permohonan tuntutan subsidi dengan nilai RM262 juta telah diluluskan oleh pihak Kementerian,” katanya.

Sementara itu, Dr Ronald berkata, Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara akan terus memantau status bekalan makanan negara.

Katanya, selain itu juga jawatankuasa ini akan memantau pelaksanaan tindakan-tindakan susulan intervensi yang dirangka bagi menangani isu bekalan makanan selain memperincikan inisiatif jangka masa pendek, sederhana dan panjang merentasi semua subsektor agromakanan.

“Kerajaan akan meneruskan usaha untuk memperkukuh sekuriti makanan negara dalam memastikan kelangsungan bekalan dan ketersediaan makanan di pasaran kekal terjamin dengan harga yang berpatutan bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya