HomeIsu tempatanICU main peranan dalam pembangunan Sabah

ICU main peranan dalam pembangunan Sabah

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri memainkan peranan penting dalam pembangunan di negeri ini.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Noor Alam Khan A Wahid Khan berkata, pembangunan berlandaskan Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 penting bagi memastikan negeri ini maju seiring dengan negeri lain di Malaysia.

“Aktiviti pembangunan memberi kesan ke kawasan sekitarnya terutama dari segi pertambahan penduduk, peningkatan aktiviti ekonomi, penggunaan infrastruktur asas dan sumber sekitar. 

“Pembangunan yang tidak seimbang berpotensi menyebabkan ketidakseimbangan ekologi dan demografi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Libat Urus DKN 2021-2025 di Menara Kinabalu di sini semalam.

Hadir sama Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Sarul Bahiyah Abu serta Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shahminan Awang Sahari.

Noor Alam berkata, program pembangunan seharusnya bermatlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Diharapkan ICU dapat melihat peluang di Nusantara yang boleh diteroka untuk memberi manfaat serta memenuhi ekspektasi rakyat Sabah dalam memastikan pembangunan yang mapan,” katanya.

Ketua Pengarah ICU, Datuk Ruji Ubi turut memberikan taklimat berkenaan peranan ICU dalam pembangunan negeri Sabah berdasarkan teras dalam DKN 2021-2025.

RELATED ARTICLES
Utama

Aplikasi GoNet mudahkan pengguna buat tempahan fasiliti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular