HomeUtamaSuami isteri sebak terima Anugerah Anumerta, bangga dengan kejayaan anak

Suami isteri sebak terima Anugerah Anumerta, bangga dengan kejayaan anak

Read Time:2 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU : Bangga dan sedih.  Itu ungkapan yang mampu dilafazkan sepasang suami isteri selepas menerima Anugerah Anumerta buat Allahyarham anaknya pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-23 di Dewan Canselori di sini semalam.

Allahyarham Abdullah `Ammar Mohd Sharimshah,24, meninggal dunia akibat terjatuh ketika pergi mendaki di Air Terjun Lata Medang di Kuala Kubu Bharu Kuala Selangor opada 29 Ogos 2020.

Anak kedua dari lima beradik itu adalah bekas penuntut di Fakulti Sains dan Sumber Alam UMS dan merupakan pelajar tahun akhir.

Ibu Allahyarham Nor Hayati Haroon,55, berkata, kejadian itu masih segar dalam ingatannya meskipun dua tahun telah berlalu dan mengakui Allahyarham anaknya merupakan anak yang sangat rapat dengannya selain mengambil berat terhadap kedua ibu bapanya meskipun berada jauh di Sabah.

Nor Hayati menerima Anugerah Anumerta disampaikan Pro Canselor UMS Tan Sri Azman Hashim

“Sebenarnya Ammar amat dekat dengan saya, dari tingkatan empat lagi dia selalu berkata mahu mengikuti pengajianmm dalam bidang Geologi, katanya mahu mengkaji bumi, batu-batan dan mahu jejak Rasullah.

“Selain itu, dia juga minat kepada seni kreatif, bila dia buat kajian mengenai batu, dia akan buat video seterusnya buat dokumentari sendiri.  Saya kata tiada halangan, teruskan sahaja, kami doakan berjaya,” katanya ketika ditemui Sabah Media di sini semalam.

Nor Hayati menerima Anugerah Anumerta disampaikan Pro Canselor UMS Tan Sri Azman Hashim yang turut dihadiri bersama suaminya Mohd Sharimshah Othman,54, pada sidang kedua konvokesyen berkenaan.

Dalam pada itu, Nor Hayati berkata, dua minggu sebelum kejadian berlaku, Allahyarham anaknya sempat kembali ke kampus UMS untuk membuat pembentangan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

“Sebelum dia balik ke kampus, kami sekeluarga sempat mendaki bukit bersama-sama kerana kami memang minat dengan aktiviti mendaki.  Pada ketika itu, kami pergi ke Batu Putih dekat Port Dickson dan Ammar sangat menjaga saya pada ketika itu.

“Dia menjaga saya sehingga sampai ke puncak.  Apabila dia sudah balik ke Sabah lebih kurang hampir sebulan dan sempat menyambut Aidiladha, dia ke Semporna menamatkan Thesis dan apabila semua selesai dia minta izin untuk balik ke Selangor,” katanya.

Nor Hayati berkata, meskipun anaknya risau dengan kewangan untuk membeli tiket penerbangan, namun dia dan suami tidak mengeluh untuk mendapatkan tiket penerbangan.

“Dua minggu sebelum pemergian Ammar, dia banyak tenung muka saya, apa sahaja yang dia mahu katakan, dia akan tenung muka saya dahulu. Ammar juga pernah berkata kenapa dia pilih Sabah tempat belajar.

“Dia kata, bila di Sabah dia jauh dengan saya, jauh dengan kawan-kawan, saya kata kenapa sekarang baru diluahkan.  Saya tertanya kenapa Ammar macam lain, sebelum pemergian, selalu pandang dan tenung muka saya,” katanya.

Sementara itu, ayahnya Mohd Sharimshah berkata, dua minggui sebelum pemergian anaknya banyak membuat aktiviti pendakian bersama kawannya selain mengambil seterusnya diedit seperti berlakon dan akan dimuat naik ke YouTube.

“Dia sangat minat kreatif, dia pernah membuat filem untuk hari guru di sekolah ibunya di Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Meru Klang Selangor,” katanya.

Walau bagaimanapun, Nor Hayati rasa bersyukur apabila ketika kejadian berlaku, Allahyarham anaknya jatuh berhampiran dengan enam pendaki lain selain ada seorang doktor dan jurugambar pada kejadian berlaku.

“Saya rasa bersyukur, ketika kejadian ada seorang doktor selamatkan anak saya dan sempat membuat bantuan pernafasan CPR meskipun pada mulanya dikatakan tidak mempunyai nadi lagi tetapi Alhamdulillah dia sedar semula.

“Namun ia hanya dapat bertahan selama 45 minit sebelum anak saya menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mayat terapung ditemui di sungai Kg Iban Merotai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular