HomeUtama‘Datuk Yusri’ diburu polis, perdaya projek naik taraf jalan cecah RM1.93 juta

‘Datuk Yusri’ diburu polis, perdaya projek naik taraf jalan cecah RM1.93 juta

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU : Seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Datuk Yusri’ dikehendaki polis selepas dipercayai melakukan kes penipuan projek naik taraf jalan raya yang tidak wujud dengan  anggaran kerugian sebanyak RM1.93 juta.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, lelaki itu dikatakan telah memperdayakan mangsa dengan menawarkan projek naik taraf jalan raya yang tidak wujud di negeri ini.

“Pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kontinjen Sabah sedang menyiasat satu kes penipuan yang melibatkan sejumlah lapan laporan dengan kerugian sebanyak RM1.93 juta.

“Saspek kes ini telah memperdayakan mangsa dengan menawarkan projek naik taraf jalan raya yang tidak wujud di Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Idris berkata, bagi mendapatkan projek ini, mangsa telah diminta untuk membayar sejumlah wang deposit.

Katanya, dengan mempercayai kata-kata saspek, mangsa telah membayar di antara RM30,000 sehingga RM650,000.

“Ekoran itu, pihak polis sedang mencari seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Datuk Yusri’ bagi membantu siasatan ini.

“Sesiapa yang mengenali atau mendapat tahu tempat tinggal penama, boleh menghubungi mana-mana Balai Polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat iaitu Inspektor Tilmanshah Wasli di talian 016-5785962 ATAU 088-529761,” katanya.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kerjasama daripada orang awam adalah amat dihargai.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya