HomeIsu tempatan60,000 batang rokok putih gagal diseludup masuk

60,000 batang rokok putih gagal diseludup masuk

Read Time:1 Minute, 17 Second

TAWAU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk sebanyak lebih kurang 60,000 batang rokok putih di perairan Tinagat, awal pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, ketika rondaan pihaknya telah mengesan sebuah bot laju yang mencurigakan bergerak dalam keadaan bergelap di kedudukan sekitar 0.5 batu nautika selatan Pulau Tinagat.

“Ketika diarahkan berhenti untuk pemeriksaan, tekong bot bertindak memecut laju ke arah kawasan cetek bagi meloloskan diri dari ditahan.

“Semasa dikejar, bot suspek telah mengalami kerosakan enjin dan tekong bot telah bertindak terjun kelaut meninggalkan bot serta muatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata, usaha mengesan suspek turut terhad berikutan cuaca gelap dan perairan yang cetek.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan telah menemukan sejumlah enam kotak besar berisilebih kurang 60,000 batang rokok putih dengan anggaran nilai RM40,000 termasuk cukai, dipercayai cuba diseludup masuk dari negara jiran.

“Kesemua hasil rampasan termasuk bot dan enjin dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Tawau dan di serahkan kepada Pegawai Penyiasat Zon Maritim Tawau untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967. Kesemua rampasan termasuk bot, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM50,000,” katanya.

Katanya, Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah(ESSZONE).

Salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 dan talian kecemasan 999.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular