HomeIsu tempatanMohamaddin Ketapi keluar parti lagi

Mohamaddin Ketapi keluar parti lagi

Read Time:45 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ahli Perlimen Lahad Datu Datuk Mohamaddin Ketapi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkuat kuasa serta merta hari ini. (28 Jun)

Mohamaddin yang baharu enam bulan menyertai parti BERSATU pada 26 November tahun lalu selepas keluar daripada parti Warisan pada 30 Oktober tahun yang sama, kini mengumumkan keluar parti lagi.

“Saya tidak berkecil hati keluar dari Parti BERSATU, tetapi mesra kerajaan dan mesra kerajaan bererti masih menyokong kepimpinan kerajaan Sabah dan Persekutuan.

“Saya berterima kasih juga kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan mengucapkan “all the best” kepada beilau (Hajiji) untuk menghadapi pilihanraya akan datang,” katanya pada sidang media yang diadakan di Theatre Room, Marina Sutera pada Selasa.

Ditanya mengenai adakah beliau akan menyertai mana-mana parti, Mohamaddin berkata, buat masa ini beliau belum ada terfikir untuk menyertai mana-mana parti lagi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan Pesta Kaamatan daerah Tuaran bermula 4 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya