HomeUtamaPersekutuan Penternak beri jaminan patuhi had harga siling ladang, gesa kerajaan benarkan...

Persekutuan Penternak beri jaminan patuhi had harga siling ladang, gesa kerajaan benarkan semula eksport ayam ke luar negara 

Read Time:2 Minute, 0 Second

CYBERJAYA— Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, terutama sekali Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), diatas pertimbangan Kerajaan terhadap kebajikan penternak ayam.

Menurut FLFAM Industri pengeluaran ayam dan telur memberi jaminan kepada Kerajaan bahawa ladang akan mematuhi harga-ladang yang diumumkan di bawah harga siling maksimum yang ditentukan oleh Kerajaan. 

“ Dibawah keadaan iklim dan kawalan biosekuriti semasa yang menggalakkan, industri pengeluaran ayam boleh memberi jaminan bahawa bekalan ayam pedaging dan telur adalah mencukupi untuk memenuhi permintaan tempatan katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Kerajaan sebelum ini telah membuat keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada kadar RM9.40 sekilogram, bagi Semenanjung Malaysia.

Dan bagi tempoh 1 Julai iaitu semalam hingga 31 Ogos depan (Fasa 3), pemberian subsidi ditetapkan pada kadar RM1.20 per kilogram (kg) dimana Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM369.5 juta untuk melaksanakan pemberian subsidi Fasa 3 ini.

Dalam pada itu, Persekutuan penternak turut menggesa agar kerajaan membuka semula pasaran Eksport ayam ke /luar negara. 

Katanya adalah diperhatikan bahawa terdapat ladang eksport yang telah melaburkan kos yang tinggi untuk memenuhi keperluan ketat negara pengimport.

“ Oleh yang demikian, produk dari ladang eksport hanya dapat dikekalkan dengan harga produk yang lebih tinggi yang melebihi tahap subsidi “

Ladang berorientasikan eksport ini juga menggunakan buruh yang dilatih untuk beroperasi di bawah prosedur operasi ketat ladang tersebut. Jika eksport dihentikan, ladang- ladang ini tidak akan dapat mengekalkan pengeluaran kos tinggi mereka di bawah situasi kawalan harga semasa.

“ Kesan kawalan keatas ladang eksport ialah kerugian dalam pelaburan mereka dan kehilangan pekerjaan kepada pekerja terlatih mereka katanya.

Kerajaan pada 23 mei lalu memutuskan untuk menghentikan eksport bulanan Malaysia sebanyak 3.6 juta ekor ayam mulai 1 Jun bagi menangani kekurangan bekalan makanan semasa dan pada 14 jun, Kerajaan memberi kebenaran khas untuk mengeksport ayam daging berwarna termasuk ayam kampung dan ayam hitam selepas mengadakan perbincangan lanjut dengan pemain industri.

Sementara itu, Persekutuan penternak turut berbangga kerana mereka berjaya mengekalkan harga rendah produk ayam di rantau ini. 

“ Industri ini berbangga kerana dapat mengekalkan harga terendah untuk produk ayam di rantau ASEAN. 

“ Pengekalan sekuriti makanan adalah salah satu sumbangan terpenting kepada negara di mana industri ayam dan telur terus mengusahakan penternakan untuk penghasilan protein (ayam daging dan telur) termurah dan mencukupi untuk negara. 

Pengeluaran yang melebihi tahap kemampanan diri akan menyumbang kepada penukaran asing (foreign exchange) dengan eksport yang berkualiti katanya. 

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular