HomeIsu tempatan10 masjid,surau terima sumbangan binatang korban

10 masjid,surau terima sumbangan binatang korban

Read Time:1 Minute, 34 Second

Oleh ERDIE AB WAHID
[email protected]

KENINGAU : Sebanyak 10 buah masjid dan surau di sekitar Parlimen Pensiangan di sini menerima sumbangan berupa binatang korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok.

Sumbangan yang disalurkan oleh tiga buah syarikat iaitu Roadcare (M) Sdn Bhd, THB Maintenance Sdn Bhd dan Koperasi Tanjong Keramat Bhd itu disampaikan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup.

Antara yang menerima sumbangan itu adalah pengurusan Masjid Kampung Minawo Ulu, Masjid Kampung Sinulihan Baru, Masjid Kampung Malima, Masjid Kampung Karanaan Baru, Masjid Kampung Ansip, Masjid Rancangan Belia Tiulon, Masjid Kampung Kabuan, Masjid Pekan Nabawan, Masjid Kampung Bahagia dan Surau Kampung Padang, Sapulut.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, pihaknya berharap sumbangan itu akan dapat membantu golongan kurang berkemampuan terutamanya golongan asnaf dan B40.

Katanya, daging korban tersebut akan diagihkan kepada penduduk sekitar masjid dan surau yang terlibat.

“Sumbangan binatang korban ini akan membolehkan lebih ramai penduduk berpeluang merasai daging korban, terutama golongan kurang berkemampuan.

“Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan atas tanggungjawab sosial korporat oleh syarikat yang terlibat kepada penduduk di kawasan pedalaman Sabah,” katanya.

Katanya, kerjasama erat antara pihak korporat dan Kerajaan secara tidak langsung memudahkan pelaksanaan program-program kebajikan bagi manfaat masyarakat yang kurang berkemampuan.

Sementara itu Imam Surau Kampung Padang, Sapulut Ustaz Muhd Safwatullah Mohd Fadli berkata, pemberian binatang korban sumbangan syarikat ini akan memberi manfaat kepada golongan mualaf dan asnaf untuk berkongsi rezeki daging korban bersempena hari raya korban.

Manakala Imam Abdul Karim Ampakot daripada Masjid Kampung Bahagia turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Arthur serta syarikat atas sumbangan binatang korban dan berharap agar sumbangan ini dapat memeriahkan Hari Raya Aidiladha setelah dua tahun tidak meraikannya.

Hadir sama di majlis serahan tersebut Pegawai Khas Pengarah Urusan Roadcare (M) Sdn Bhd  Ahmad Sauqi Mohd Azizul, Pengurus Besar THB Maintance Sdn Bhd Mohd Firdaus Ahmad Termizi dan Pengurus Besar Koperasi Tanjong Keramat Bhd Suli Koid.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya