HomeIsu tempatanDua kanak-kanak hilang di lokasi berlainan di Beaufort

Dua kanak-kanak hilang di lokasi berlainan di Beaufort

Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BEAUFORT: Dua kes kejadian kanak-kanak hilang dilaporkan hari ini, di lokasi berlainan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob ketika dihubungi pemberita Sabah Media mengesahkan kedua-dua kes kejadian tersebut.

Menurut DSP Yusoff Zaki, terdapat dua kes kanak-kanak hilang dilaporkan hari ini (9 Julai) di kawasan Daerah Beaufort iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun enam bulan dari Kampung Batu 66, bernama Jude Angel Jurimi manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dari Kg Kuridak Gadong bernama Muhammad Qays Izhar Abd Halim.

Katanya, pihak polis menerima laporan pertama dari pengadu pada jam 10.30 pagi tadi (9 Julai) mengatakan ada kanak-kanak perempuan bernama Jude Angel Jurimi telah hilang daripada jagaan ibu bapanya yang bertempat di Batu 66 Beaufort.

Katanya, pengadu memberitahu lokasi kawasan rumah tersebut berdekatan dengan sungai dan rel keretapi.

“Pengadu tiada petunjuk ke mana hilang kanak-kanak tersebut seterusnya mencari sekitar kawasan rumah namun gagal menemui sebarang petunjuk dan pengadu terus menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata DSP Yusoff Zaki.

Dalam pada itu, di lokasi berlainan, pihak polis turut menerima panggilan kecemasan melaporkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Muhammad Qays Izhar Abd Halim telah hilang dari rumah keluarganya pada jam 6 petang tadi (9 Julai) di Kg Kuridak Gadong Beaufort.

“Pengadu iaitu bapa saudara mangsa memberitahu kawasan rumah mangsa Muhammad Qays Izhar berdekatan dengan sungai dan mereka telah cuba mencari mangsa namun tidak menemui petunjuk keberadaan mangsa seterusnya laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut,” katanya.

DSP Yusoff Zaki berkata, tindakan cepat pasukan polis bersama agensi lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Daerah Beaufort, Jabatan Keretapi dan penduduk turut sama membantu dalam usaha mencari kedua-dua mangsa kanak-kanak tersebut mengikut lokasi dan kawasan di mana mereka dipercayai hilang.

“Sehingga kini, kedua-dua mangsa kanak-kanak tersebut belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya