HomeUtamaMAQIS sentiasa waspada terhadap import, eksport produk pertanian

MAQIS sentiasa waspada terhadap import, eksport produk pertanian

Read Time:2 Minute, 4 Second

SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) sentiasa berwaspada serta peka terhadap aktiviti import dan eksport produk pertanian bagi memastikan biosekuriti negara terjamin.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ini bagi memastikan rakyat sentiasa menikmati produk hasilan pertanian dan makanan yang selamat untuk dimakan, bersih, halal dan bebas dari segala penyakit dan perosak serta melindungi industri pertanian negara.

“Terdapat peningkatan kemasukan jumlah ayam bulat yang diimport ke dalam negara sebanyak kira-kira 80 peratus sejak inisiatif seperti pemansuhan AP import dan penangguhan fi permit dilaksanakan.

“Ini dapat dilihat dari peningkatan jumlah import pada bulan Mei 2022 sebanyak 258 tan metrik berbanding 471 tan metrik pada bulan Jun 2022. Kemasukan keratan ayam juga telah meningkat sebanyak 30 peratus daripada 7,800 tan metrik kepada 10,200 tan metrik setelah inisiatif diperkenalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas meninjau sendiri aktiviti pengoperasian pengimportan dan pengeksportan hasilan pertanian negara di Kompleks Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo Sepang di sini hari ini.

KLIA Kargo merupakan salah satu daripada 57 pintu masuk produk pertanian negara dan merupakan pintu masuk utama bagi komoditi bunga segar, produk tenusu, benih ikan dan lain-lain.

Ronald berkata, sehingga Jun lalu, kemasukan di pintu masuk KLIA Kargo adalah sebanyak 14,400 transaksi dimana secara purata KLIA Kargo menerima kemasukan 13,500 tan metrik produk pertanian bernilai RM392 juta setiap bulan.

Katanya, beberapa inisiatif semasa bagi memudahcara prosedur pengimportan bahan makanan ke dalam negara juga telah dilaksanakan seperti penangguhan fi import permit ke atas beberapa komoditi makanan seperti jagung, soya, gandum, ayam bulat dan komoditi asas makanan ternakan.

“Selain itu, MAQIS juga telah melaksanakan proses kemasukan pantas 24 jam di pintu-pintu masuk negara bagi komoditi makanan tersebut, dalam usaha melancarkan proses pengimportan dan sekaligus mengurangkan kos logistik yang terlibat dalam aktiviti pengimportan.

“Dari segi impak proses kemasukan pantas di pintu-pintu masuk negara, secara keseluruhan inisiatif ini membantu 380 syarikat yang berdaftar sebagai pengimport produk makanan haiwan bagi melancarkan proses pengimportan.

“Sehingga kini, sejumlah 490 konsainan bijirin dan makanan haiwan dengan kuantiti sebanyak 173,000 tan metrik bernilai RM 483 juta telah mendapat manfaat dari proses kemasukan pantas di pintu-pintu masuk negara,” katanya.

Sementara itu, Ronald berkata, pihak MAQIS KLIA Kargo telah merekodkan penurunan jumlah kes penahanan yang melibatkan cubaan membawa masuk dan keluar hasilan agromakanan tanpa permit iaitu 17 kes sehingga 30 Jun 2022 dengan nilai anggaran tahanan berjumlah RM659,000 berbanding 41 kes pada tahun lalu dengan nilai tahanan RM1.9 juta.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular