HomeIsu tempatan2,600 benih ketam bakau dilepaskan di Tasik Sitompok

2,600 benih ketam bakau dilepaskan di Tasik Sitompok

Read Time:1 Minute, 6 Second

KUALA PENYU: Sebanyak 2,600 ekor benih ketam bakau dilepaskan di Tasik Sitompok, Kuala Penyu, baru-baru ini.

Program kerjasama antara Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Jabatan Perikanan Sabah itu bertujuan menambah stok perikanan dan hidupan air di tasik berkenaan.

IPMB dalam satu kenyataan berkata, benih ketam bakau yang dilepaskan adalah daripada spesies Scylla tranquebarica yang dihasilkan di Hatceri Krustasia institut berkenaan.

“Spesies ketam bakau ini dipilih kerana ia merupakan spesies ketam bakau yang dominan di perairan Sabah.

“Benih ketam yang dilepaskan bersaiz diantara 5 mm hingga 25 mm lebar karapas dan berumur dalam 8 minggu selepas penetasan di Hatceri Krustasia,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

Kenyataan itu memaklumkan, hasil kajian penyelidik UMS mendapati bahawa hasil tangkapan ketam bakau di perairan Sabah kini semakin berkurangan.

“Aktiviti akuakultur menggunakan benih yang dihasilkan di pusat penetasan adalah amat penting untuk terus membangunkan industri penghasilan ketam bakau pada masa hadapan.

“Pada masa sama, ia bagi memulihara stok ketam bakau bagi memenuhi permintaan tempatan dan luar negara.

“Sehingga kini, bekalan ketam bakau bergantung hampir sepenuhnya daripada  penangkapan stok liar ketam  yang diperolehi daripada habitat semula jadi,” ujar kenyataan itu lagi.

Program tersebut disempurnakan Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perikanan Sabah, Azhar Kassim.

Turut hadir, Pengurus Hatceri Krustasia IPMB UMS, Prof. Madya Dr. Annita Yong Seok Kian.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya