HomeUtamaMuzium Sabah perkenal dua sistem, mudahkan penyampaian perkhidmatan awam

Muzium Sabah perkenal dua sistem, mudahkan penyampaian perkhidmatan awam

Read Time:1 Minute, 47 Second

Oleh ERDIE AB WAHID
[email protected]

KOTA KINABALU: Jabatan Muzium Sabah memperkenalkan dua sistem yang dibangunkan dibawah inisiatif hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam program pendigitalan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, dua sistem itu adalah Museum Edu dan Tempahan Fasiliti.

“Sistem ini dijangka akan memudahkan orang awam yang ingin membeli buku terbitan Jabatan Muzium dan menempah penggunaan fasiliti Muzium Sabah yang kini boleh dilakukan secara dalam talian. 

“Manakala sistem Museum Edu pula adalah untuk memudahkan pihak sekolah dan para pelajar untuk membuat tempahan lawatan berpandu di muzium  atau pinjaman bahan kit Pendidikan muzium,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Muzium Sabah di Pantaran Bangunan Utama Kompleks Muzium Sabah di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Sr Mohd Yusrie Abdullah dan Pengarah Jabatan Muzium Sabah Arif Abd Hamid.

Jafry berkata, sistem penyampaian digital seumpama itu diyakini akan dapat memudahkan sekali gus mempercepatkan lagi urusan dan berupaya memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan awam.

“Kita berharap agar orang awam dan pihak sekolah mengambil peluang yang di tawarkan ini dan menggunakan sistem yang telah dibangunkan,” katanya.

Sementara itu, Jafry berkata, dalam usaha untuk  memelihara khazanah budaya negeri, Kementeriannya akan sentiasa menyokong  program yang dilaksanakan oleh agensi-agensi berkaitan.  

Katanya, Muzium Sabah sebagai ‘custodian of heritage’ perlulah sentiasa berusaha untuk mengangkat martabat khazanah warisan sejarah dan budaya menerusi setiap program dan aktivitinya.  

“Khazanah warisan budaya dan sejarah ini wajib dipertahankan supaya kekal sehingga ke generasi yang akan datang,” katanya.

Sempena sambutan Hari Muzium Sabah ke-57, Muzium Sabah juga mengadakan aktiviti permainan dan  sukan tradisional yang diberi nama ‘permainan dulu-dulu’.

Aktiviti itu adalah bertujuan untuk mempamerkan dan memberi peluang kepada generasi muda untuk mencuba sendiri berbagai jenis permainan yang dahulunya merupakan pengisi masa lapang kanak-kanak namun kini beransur hilang ditelan zaman teknologi dan gejet moden. 

Permainan dulu-dulu ini termasuklah batu seremban, congkak, dam aji, rampanau, tinting, gasing dan sebagainya.

Pada majlis itu, Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2022 Frenerietta Sobitun dilantik sebagai Duta Muzium Sabah sempena Sambutan Hari Muzium Sabah

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya