Maut dipercayai dipukul isteri 

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 5 Second

CYBERJAYA — Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai dipukul isteri di kediaman keluarga di tingkat tiga, Blok 14, Flat Nipah di Taman Daya di Johor hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata mangsa, Lee Ming How, 44, ditemukan dalam keadaan terbaring.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada jam 7.50 pagi di kediaman keluarga mangsa yang turut dihuni isteri serta anak-anaknya.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dipukul isterinya berusia 35 tahun hingga menyebabkan kematian.

“Anak mangsa yang berada di rumah berkenaan menjadi saksi utama kejadian itu.

“Polis masih menyiasat motif kejadian dan sama ada suspek menggunakan senjata.

“Suspek iaitu isteri mangsa ditahan bagi membantu siasatan dan polis turut memohon perintah reman,” katanya Lapor Berita Harian

Raub berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang jiran mangsa hanya dikenali sebagai Seri, 25, berkata sejak dua bulan lalu dia kerap mendengar bunyi bising dari kediaman mangsa.

Beliau berkata, bagaimanapun dia kurang pasti sama ada keluarga berkenaan berdepan masalah.

“Mungkin mereka berselisih faham hingga saya terdengar bunyi seperti pintu dihempas dengan kuat, kerusi diheret dan sebagainya.

“Namun kami tidak sangka ia berakhir dengan tragedi dan ada jiran memaklumkan kaki mangsa juga diikat serta memiliki kesan lebam di tubuh.

“Difahamkan pasangan berkenaan memiliki dua anak berusia dua dan 11 tahun,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *