HomeUtamaIsmail Sabri umum pelantikan Senator mewakili golongan belia

Ismail Sabri umum pelantikan Senator mewakili golongan belia

Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh ERDIE AB WAHID
[email protected]

TUARAN : Perdana Menteri Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pelantikan seorang Senator dari kalangan belia bagi mewakili golongan itu di Dewan Negara.

Katanya, inisiatif itu adalah sejajar dengan pengiktirafan Kerajaan terhadap sumbangan golongan belia kepada pembangunan negara.

“Saya bincang dengan Menteri Belia dan Sukan bahawa pentingnya belia kepada negara, suara belia pasti didengari oleh Kerajaan.

“Belia adalah masa depan negara.  Untuk itu bagi mendengar suara dan pandangan belia maka saya umumkan untuk melantik seorang Senator bagi mewakili belia di dalam Dewan Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2022 di Padang Pekan Tuaran di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Belia dan Sukan Malaysia Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu dan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin.

Ismail Sabri berkata, beliau percaya dengan adanya wakil belia di Dewan Negara, suara belia akan didengari secara terus dari wakil belia kerana masa depan negara bergantung kepada warga belia.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM1 juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk dikongsikan bersama pertuuhan belia yang lain bagi melaksanakan aktiviti masing-masing.

“Banyak lagi program yang diatur dan dirancang termausuk kempen-kempen  dan pelbagai program lain dan saya dimaklumkan dari segi pentadbiran sudah diberikan peruntukan sebanyak RM1 juta tapi untuk aktiviti termasuk pertubuhan belia lain di bawah MBM tiada.

“Untuk itu saya umumkan peruntukan RM1 juta lagi kepada MBM untuk berkongsi dengan pertubuhan belia yang lain,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya