HomeUtamaKePKAS bersama Malaysia Airports komited pastikan KKIA memenuhi piawaian global

KePKAS bersama Malaysia Airports komited pastikan KKIA memenuhi piawaian global

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah bersama dengan Malaysia Airports komited untuk memastikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) memenuhi piawaian global dan memberikan tahap perkhidmatan terbaik kepada tetamu serta pelancong yang tiba di lapangan terbang itu.

Susulan isu yang dibangkitkan orang ramai di media sosial baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, membuat lawatan kerja di KKIA pada Khamis. (14 Julai)

Jafry mengadakan lawatan kerja ke KKIA pada Khamis. – Foto ihsan KePKAS

Dalam lawatan itu, Jafry telah diberi taklimat oleh Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports, Kamaruzzaman Razali, mengenai rancangan penambahbaikan dan baik pulih yang sedang dijalankan serta kerja-kerja pembetulan yang telah dilaksanakan di KKIA.

Malaysia Airports mengakui masalah dan telah mengambil tindakan segera untuk membetulkan isu yang dibangkitkan.

Justeru, pembaikan yang telah dilakukan termasuk menampal jalan berlubang di tempat letak kereta KKIA, memperkukuh pemantauan lalu lintas di Aras 1 dan Aras 3 tepi jalan, mengetatkan Service Level Agreement (SLA) dalam perkhidmatan pembersihan, menambah baik lampu terminal dan pengurusan troli,” katanya.

Untuk rekod, keseluruhan pada 2022, Malaysia Airports memperuntukkan RM73 juta untuk perbelanjaan operasi (OPEX) KKIA. Ini termasuk pengurusan kemudahan, pembersihan, penyelenggaraan dan perkhidmatan pembaikan, serta kos kakitangan dan utiliti.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya