Pesakit lumpuh separuh badan terima kunjungan Toh Puan Norlidah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 13 Second

PITAS :  Pesakit lumpuh separuh badan dan tidak boleh bercakap sejak tahun 2016 yang lalu semalam menerima kunjungan isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Warga emas, Awang Kinit @ Ibrahim,64, yang tinggal di Kampung Gailun Pitas itu bergantung sepenuhnya kepada susu sebagai makanan harian.

Manakala keperluan hariannya disara oleh lima daripada tujuh anaknya yang telah bekerja disamping elaun Pusat Perkembangan Dalam Komuniti (PPDK) Kampung Pinggan-pinggan di sini.

Menerusi Majlis Lawatan Amal ke Institusi Kebajikan sempena Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Peringkat Negeri Sabah 2022, Toh Puan Norlidah turut menyampaikan sumbangan barang keperluan pembersihan serta katil homeward.

Turut menyampaikan sumbangan Naib Yang DiPertua III, Datin Linda Ewit yang juga Pengerusi Biro Kebajikan Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS)

Semua barang keperluan tersebut merupakan sumbangan daripada Mutiara GRS, Jabatan Kebajikan dan Puspanita Cawangan Sabah.

Turut mengiringi, isteri Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datin Maria C Omamalin, isteri ADUN Pitas, Datin Seri Asiah Udian, isteri ADUN Bengkoka, Norhaidah Kili, isteri ADUN Bandau, Datin Doreen Yubing dan Pengerusi Puspanita Cawangan Sabah, Datuk Dr Nuinda Alias dan Pegawai Daerah Pitas, Firuz Idzualeen @ Benetty Mohd Dzul.

Sejurus selepas itu, Toh Puan Norlidah menyantuni kanak-kanak di Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Pekan Pitas 2 yang menempatkan 36 pelajar OKU berumur di antara tujuh hingga 12 tahun.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *