Murid PML naik ‘Buggy Car’, beri pendedahan kepada persekitaran

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU : Sekumpulan murid dari Pusat Minda Lestari (PML) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah diberi pendedahan tentang dunia persekitaran melalui aktiviti menaiki ‘Buggy Car’ di sini baru-baru ini.

Menurut kenyataan PML, semua murid yang berusia antara tiga hingga sembilan tahun itu turut dibawa ke Institut Biologi Tropika dan Pemulihan (IBTP) UMS selain menyaksikan keindahan pemandangan di universiti tersebut.

“Ia juga sebagai satu usaha mendorong murid untuk mengawal emosi semasa berada di luar serta menggalakkan murid-murid untuk berinteraksi dan berkomunikasi.

“Ia sekali gus mencetuskan minat dan keseronokan serta memberi peluang kepada murid untuk meneroka dan menghargai dunia persekitaran,” demikian menurut kenyataan itu di sini, hari ini.

Aktiviti menaiki Buggy Car tersebut turut diiringi lima guru dari PML dan turut dihadiri penyelia aktiviti, Mohd Syahzani Jumil.

Untuk rekod, PML merupakan sebuah pusat di UMS yang menawarkan perkhidmatan program tadika, taska, daycare dan program transit kepada anak-anak warga kakitangan universiti berkenaan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *