HomeIsu tempatan3,500 karton rokok tidak bercukai bernilai RM420,000 dirampas

3,500 karton rokok tidak bercukai bernilai RM420,000 dirampas

Read Time:1 Minute, 10 Second

TAWAU: Pasukan Markas Angkatan Tugas Bersama 2 ( MK ATB 2) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 3,500 karton rokok tidak bercukai dianggarkan bernilai RM 420,000.00 dari Indonesia menerusi rondaan Op Benteng Bersama di Lorong Hj Salleh, berhampiran Kg Sri Aman dekat sini, awal pagi Isnin. (8 Ogos)

Komander ATB 2 Brig Jen Abdul Karim Ahmad berkata, kejayaan itu adalah hasil tindakan pantas Tim Quick Reaction Force (QRF) setelah mencurigai tindakan dua lelaki dewasa yang sedang memunggah beberapa buah kotak kedalam sebuah stor sekitar jam 1.30 pagi tadi.

“Menyedari kehadiran Tim QRF di kawasan tersebut, kedua-dua lelaki tersebut bertindak melarikan diri dari lokasi kejadian. Hasil pemeriksaan awal terhadap stor tersebut mendapati stor tersebut digunakan bagi tujuan transit penyimpanan rokok seludup dari Indonesia ke pasaran Tawau.

3,500 karton rokok tidak bercukai yang dirampas. – foto ihsan MK ATB2

“Hasil pemeriksaan mendapati nilai keseluruhan rampasan bagi 3,500 karton rokok seludup berjenama Astro Menthol King adalah dianggarkan bernilai RM 420,000.00,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Karim berkata pihaknya percaya kegiatan ini turut melibatkan sindiket warga tempatan dan warga asing bagi tujuan perniagaan rokok seludup di pasaran gelap sekitar Tawau.

Katanya, kesemua barang rampasan RBTT telah diserahkan kepada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada jam 8.45 pagi untuk siasatan serta tindakan lanjut Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya