HQE II kesan waris jenazah belum dituntut

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:33 Second

KOTA KINABALU : Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) sedang mengesan waris jenazah lelaki yang meninggal dunia di hospital berkenaan.

Pengarah HQE II, Dr Razak Tambi berkata, jenazah adalah pesakit lelaki berbangsa suluk yang dikenali sebagai Arsan.

Katanya, jenazah itu dilaporkan telah meninggal dunia di Wad Perubatan Am pada 25 Julai lalu pada jam 9.16 petang.

“Sehingga kini masih belum ada waris datang untuk menuntut jenazah berkenaan.  Jenazah kini telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HQEII,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Razak berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai si mati diminta untuk menghubungi pihak Forensik HQE di talian 088-234600 sambungan 4000 atau 4001.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *