HomeUtamaPematuhan gaji minimum di Sabah masih rendah, kata Jabatan Tenaga Kerja Negeri

Pematuhan gaji minimum di Sabah masih rendah, kata Jabatan Tenaga Kerja Negeri

Read Time:51 Second

BERNAMA

SANDAKAN: Pematuhan Perintah Gaji Minimum di Sabah masih antara yang paling rendah di negara ini, kata Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri, Wan Zulkifli Wan Setapa.

Beliau berkata daripada 6,819 tempat kerja yang diperiksa di seluruh negeri sehingga Julai tahun ini, 72 majikan gagal mematuhi gaji minimum baharu RM1,500 sebulan sejak pelaksanaannya, berkuat kuasa 1 Mei lalu.

“Daripada 1,005 aduan yang diterima, enam kes berkaitan gaji minimum.

“Sektor-sektor yang tidak mematuhi perintah itu kebanyakannya adalah perdagangan, pemborongan dan peruncitan, diikuti dengan perkhidmatan pentadbiran dan sokongan, serta penginapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Buruh peringkat negeri, di sini, hari ini.

Wan Zulkifli berkata, JTK Sabah juga menerima aduan mengenai isu gaji minimum daripada pekerja tanpa dokumen, tetapi ia di luar bidang kuasa JTK dan perkara itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

“Daripada 3.8 juta penduduk di Sabah, 1.2 juta adalah pekerja bumiputera Sabah manakala 686,000 adalah bukan warga Sabah. Tenaga kerja berjumlah 2.02 juta, kebanyakannya warga asing,” tambahnya. — Bernama

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : 12 elemen penting diberi tumpuan tingkat potensi belia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya