HomeUtamaPenurunan kuasa pelesenan rangsang industri perikanan laut dalam di Sarawak

Penurunan kuasa pelesenan rangsang industri perikanan laut dalam di Sarawak

Read Time:2 Minute, 15 Second

KUCHING : Inisiatif pelaksanaan penurunan kuasa kepada Kerajaan Sarawak bagi urusan Pelesenan Perikanan Laut Dalam akan dapat memberi manfaat kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pelaksanaan itu juga dilihat sesuai dengan objektifnya termasuk pengurusan sumber perikanan, keselamatan perairan dan hubungan antabangsa yang lebih mampan.

Katanya, status terkini kouta vessel penangkapan ikan laut dalam yang boleh dilesenkan di perairan Sarawak telah dikenalpasti sebanyak 560 buah vessel.

“Penambahan vesel laut dalam serta pengurusan sumber perikanan secara mampan di seluruh perairan Sarawak akan dapat terus menjamin hasil tangkapan ikan selain membangunkan pelbagai perkhidmatan lain di sepanjang rantaian nilai termasuk industri hiliran yang dapat meningkatkan hasil ekonomi nelayan tempatan.

“Justeru, pembangunan industri perikanan Sarawak berpotensi tinggi untuk terus dikembangkan di mana pada ketika ini terdapat seramai 10,828 orang nelayan dan 5,103 buah vesel yang telah menghasilkan sejumlah 125 ribu tan metrik ikan setahun dengan nilai melebihi RM 716 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Penurunan Kuasa Pelesenan Perikanan Laut Dalam Sarawak di Pusat Konvenseyn Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Ronald berkata, bagi menyokong agenda pembangunan industry perikanan Sarawak, Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) telah diluluskan peruntukan lebih RM17 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).

Katanya, ia adalah bagi menguruskan sumber perikanan serta meningkatkan lagi pengeluaran ikan negara bagi terus menjamin bekalan ikan di Sarawak.

“Melangkah ke hadapan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah merangka Pelan Pembangunan Perikanan Negara Tahun (PPPNT) 2021-2030.

“Ini adalah selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0) bagi memacu pembangunan subsektor perikanan negara secara inklusif menerusi kerjasama strategik dengan semua pihak yang terlibat,” katanya.

Tambahnya, menerusi pelan ini, pelbagai usaha akan dilaksanakan untuk mengimbangi aspek penerokaan potensi sumber perikanan secara cekap dan mampan, pematuhan terhadap resolusi di peringkat antarabangsa dan pengintegrasian teknologi moden yang lebih mesra sumber serta dapat meningkatkan produktiviti negara.

“Pada masa yang sama, Kerajaan juga telah memperuntukkan Dana Pembiayaan sebanyak RM150 juta menerusi program Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan di bawah Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2030 bagi mengalakkan penerokaan perikanan laut dalam.

“Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM14 juta kepada DOF di bawah RMKe-12 untuk melaksanakan Projek Pembangunan Perikanan Komersial Laut Dalam dan Tuna bagi meningkatkan pendaratan dan penglibatan pemain industri serta nilai tambah perikanan laut dalam.,” katanya.

Katanya, usaha-usaha ini adalah manifestasi komitmen berterusan Kerajaan dalam memastikan jaminan sekuriti makanan negara terutamanya pengeluaran hasil laut yang merupakan salah satu daripada sumber protein bagi Keluarga Malaysia.

Tambahnya, ianya juga akan dapat terus memperkasakan peranan nelayan, penternak akuakultur dan komuniti perikanan secara keseluruhannya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya