HomeIsu tempatan3 lelaki tempatan ditahan cubaan seludup 13,260 paket minyak masak ke negara...

3 lelaki tempatan ditahan cubaan seludup 13,260 paket minyak masak ke negara jiran

Read Time:1 Minute, 36 Second

SEMPORNA: Pasukan polis Semporna telah berjaya menahan tiga suspek lelaki tempatan dan merampas bersama 13,260 paket minyak masak dianggarkan bernilai RM333,150.00 yang dipercayai cuba diseludup masuk ke negara jiran dalam satu serbuan di Kampung Sungai Tohok dekat sini pada Selasa.

Minyak masak yang dirampas.- Foto ihsan IPD Semporna

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, bertindak atas maklumat awam berkaitan aktiviti penyeludupan barang kawalan, pada 24 Ogos 2022 jam lebih kurang 11.15 malam bertempat di sebuah rumah di Kampung Sungai Tohok, Semporna,

“Sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Semporna dan Balai Polis Bum Bum telah membuat serbuan dan pemeriksaan ke atas rumah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak dua buah motor lori yang diparkir di halaman rumah berkenaan. Pengadu telah mengarahkan suspek membuka kedua-dua lori tersebut dan mendapati sebanyak 780 kotak minyak masak jenis paket pelbagai jenama berada di dalam kedua-dua motor lori berkenaan dipercayai untuk diseludup ke negara jiran,” kata Mohd Farhan dalam kenyataannya hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut turut mendapati setiap kotak terbabit masing-masing mengandungi 17 paket minyak masak.

“Manakala rumah terbabit juga dipercayai dijadikan sebagai tempat mengumpul dan menyimpan barang kawalan berjadual sebelum diseludup keluar untuk pasaran luar.

“Seterusnya, pasukan serbuan telah merampas kesemua minyak masak dan dua buah motor lori tersebut serta dibawa ke IPD Semporna untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut akta kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Menurut Mohd Farhan, ketiga-tiga suspek lelaki warganegara tempatan berumur dalam lingkungan 21 hingga 53 tahun yang merupakan penghuni rumah berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan.

Jumlah rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai lebih kurang RM333,150.00.

“Orang ramai sentiasa dinasihatkan agar melaporkan sebarang aktiviti penyeludupan kepada pihak polis atau KPDNHEP jika mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan barang terkawal.

“Pihak IPD Semporna mengucapkan terima kasih atas maklumat dari orang awam
yang menyalurkan maklumat,’ ujarnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya