HomeUtamaPenunggang Motosikal Parah Ditembak

Penunggang Motosikal Parah Ditembak

Read Time:45 Second

CYBERJAYA — Seorang lelaki parah selepas terkena sekurang-kurangnya dua das tembakan ketika sedang menunggang motosikal di Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, berkata polis yang menerima aduan awam mengenai kejadian jam 8.40 malam itu bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan, namun hanya menemui motosikal mangsa yang dipercayai terbabas selepas ditembak suspek.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 40-an berjaya melarikan diri dan meminta bantuan seorang pengawal keselamatan di sebuah kawasan perumahan berhampiran.

“Mangsa yang cedera di bahagian dada sebelah kiri dan lengan kiri dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya dalam kenyataan hari semalam (Khamis)

Polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Asisten Superintendan Mohd Maliki Bin Ariffin di talian 013-8308485

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular