HomeUtamaLebih 1,000 umat Islam doakan kesejahteraan Negara, Negeri

Lebih 1,000 umat Islam doakan kesejahteraan Negara, Negeri

Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Lebih 1,000 umat Islam di sekitar daerah ini menyertai Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Solat Jumaat seterusnya mendoakan kesejahteraan negara dan negeri Sabah sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2022.

Majlis yang diadakan di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan serta Pengarah Jabatan Hal ehwal agama Islam Negeri Sabah, Datuk Saifulzaman Sangul.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Suhaidi Kuanting, manakala bacaan doa selamat diketuai Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar. 

Seterusnya, Bungsu menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk ‘Bulan Kebangsaan Momen Menghargai Jasa Pahlawan; Mensyukuri Nikmat Kemerdekaan’ sebelum menunaikan solat Jumaat yang diimamkan oleh Suhaidi.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya